pkgpd2

  

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kawasan Port Dickson dibina pada tahun 1992. Terletak di daerah Port Dickson dan lokasinya yang berhampiran dengan pusat perlancongan pantai peranginan Batu 4. Pekan terhampir dari PKG Port Dickson ialah Pekan Port Dickson dengan jarak lebih kurang 6.5 kilometer. PKG ini merupakan PKG yang terletak 10 kilometer dari BTPNNS dan ia merupakan sebuah PKG yang mempunyai bangunan tetap di dalam kawasan sekolah SK Panglima Adnan.

PKG Port Dickson mempunyai 28 buah sekolah ahli. Dari jumlah itu, 6 buah daripadanya merupakan SMK, sebuah SMA, 10 buah SR, 5 buah SJK(C) dan 6 buah SJK(T). Sebanyak 5 buah sekolah ahli PKG mempunyai gred SKM, manakala selebihnya adalah gred A dan B.

Penubuhan PKG ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua Warga Pendidikan di Kawasan Port Dickson untuk memperolehi ilmu daripada aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Penyelaras PKG. Selain itu PKG juga memantau sekolah dan memberi khidmat bantu tentang penggunaan teknologi pendidikan dan media serta menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan, media dan ICT.

PKG Port Dickson ditadbir oleh 2 orang Pegawai Teknologi Pendidikan , seorang Pembantu Tadbir dan seorang Juruteknik Komputer .

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan