JKPA PKG MANTIN - Lawatan ini diadakan bagi memantap dan mengukuhkan daya inovatif dan kreativiti dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi ke arah pembestarian pendidikan. Melalui lawatan ini dapat memberi ruang dan peluang perkongsian idea dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah yang lebih profesional sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa serta memberi pengalaman dan pendedahan kepada peserta bagi memantapkan di sekolah masing – masing ke arah pengurusan dan pengoperasian yang lebih cemerlang.

Lawaatan ini sangat berfaedah kerana ianya dapat memberi input yang sangat berguna daripada pengalaman pentadbir dalam mentadbir pengurusan di sekolah sehingga menjadi cemerlang dan strategi yang digunakan. Peserta juga berpeluang bersoal jawab dan bertukar-tukar pendapat tentang amalan terbaik dalam aspek kepimpinan berkualiti, proses PdPc yang berkualiti tinggi, pencapaian dan potensi murid dan hubungan dengan komuniti luar bagi meningkatkan kemenjadian murid. Menjalin hubungan silaturrahim antara institusi pendidikan di kedua-dua negeri.

 

Pelan Strategik di SMK Tapang, Sarawak

Kami didedahkan dengan slot Pelan Strategik berkesan oleh pengetua SMK Sungai Tapang. Perkongsian pengalaman beliau dan pelan strategik Pelaksanaan International Baccalaureate (IB). Akhir sekali sesi soal jawab dan bergambar bersama guru-guru di SMK Sg.Tapang sebagai kenangan.
Antara dapatan yang dapat dirumuskan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1. Kepentingan peranan pengetua adalah memimpin guru dan pelajar dengan menjadi “ Role Model” kepada warga sekolah.
2. Kerjasama dan kolaborasi yang padu pihak pentadbir dengan guru dalam pelaksanaan Program IB
3. Pelaksanaan Amalan sekolah penyayang untuk mengatasi masalah disiplin pelajar.
4. Pelaksanaan Program khas IB dengan pendekatan Inkuiri penemuan yang selaras dengan PDPC Abad 21

 

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdPc Abad ke 21, IPGKTAR, Sarawak

Kami meneruskan slot ke 2 di IPG Kampus Tun Abdul Razak iaitu KBAT dalam PdPc Abad 21.
1. Ucapan Aluan Pengarah IPGKTAR
2. Taklimat Penyelaras Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPGKTAR
3. Lawatan ke Taman Pembelajaran Pusat Prasekolah Mutiara.
4. Lawatan ke Pusat Interaktif Sains dan Taman Botani
5. Lawatan ke Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) IPGKTAR

Dapatan aktiviti yang boleh dirumuskan adalah:

  • Pusat pembelajaran (LOTC) mengaplikasikan konsep Nurture Through Nature melalui pembinaan taman-taman pembelajaran di luar bilik darjah (Learning Outside the Classroom).
  • Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKBB) berfungsi sebagai rujukan pedagogi berkesan dan aktiviti kemahiran berfikir bagi IPGK zon Sabah dan Sarawak. Selain itu mengendalikan pelbagai sokongan professional kepada pihak sekolah dalam membudayakan amalan berfikir selaras dengan pendidikan Abad 21.

 

Amalan Pedagogi Sekolah Amanah di SK Empila, Sarawak

Aktiviti Slot 3 diteruskan di Sk Empila yang merupakan sekolah amanah yang mengamalkan 4 gol strategik dan salah satunya adalah menjalankan proses PdPC abad 21 dan berpusatkan murid yang berkualiti tinggi. Antara aktiviti yang dijalankan dan peserta diberi pendedahan tentang:

  • Pengenalan- Perkembangan SK Empila.Pengurusan dan pentadbiran
  • Carta organisasi Sk Empila.
  • Perkembangan Profesionalisme guru.

Perkembangan SK Empila (pengukuhan struktur pentadbiran) berfokus kepada perkara tersebut:

  • Perkongsian ilmu 1 - terdiri daripada pedagogi guru dan cara dijalankan di sekolah tersebut.
  • Perkongsian ilmu 2 - sesi perkongsian dan perbincangan Penggunaan alat pemikiran dan guna kaedah Lihat, fikir, komen
  • Perkongsian ilmu 3 - kepelbagaian strategi dan struktur untuk memastikan PDPC efektif dan produktif. Antaranya ialah:
    1. Pengurusan tingkah laku
    2. Persekitaran kelas yang positif
    3. Alat pemikiran (Thinking tools)
    4. Kolaboratif dan koperatif AFL (assessment for learning)

EKSA (Ekosistem Kondusif Sistem) di BTPN Sarawak

Slot seterusnya adalah slot 4 di BTPN Sarawak. Pendedahan tentang EKSA (Ekosistem Kondusif Sistem Awam) kepada para peserta.
1. Ucapan oleh wakil KPP BTPN Sarawak Iaitu Tuan Hj. Bokhairi bin Ali Akbar)

Dapatan aktiviti yang dirumuskan ialah:
1. EKSA bermula awal 2010
2. Penjenamaan semula sektor awam
3. Motonya ialah Kualiti Amalan Kita
4. Amalan Go Green 20 November 2017 menjadikan BTPN Sarawak teratur, bersih dan selesa.
5. Visi EKSA ialah BTPN Sarawak Menjadi Model Cemerlang amalan EKSA.
6. Misi EKSA pula ‘ mencapai pengiktirafan tertinggi melalui budaya kerja cemerlang dalam pengurusan persekitaran kualiti dan pengurusan operasi yang cekap dan berkesan.
7. Pendedahan tentang EKSA ini memberi pendedahan kepada pentadbir tentang hiasan dan susunan tempat kerja, penggunaaan bahan yang boleh dikitar semula dan penjimatan.

 

Sila klik disini untuk gambar sepanjang aktiviti disana.

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilamhelpdesk

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan