Pusat Kegiatan Guru MAmbau merupakan Institusi pendidikan di bawah rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Di seluruh Malaysia terdapat 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang wujud disetiap negeri dan daerah dengan dibahagikan mengikut Zon.
Di Negeri Sembilan terdapat 21 buah Pusat Kegiatan Guru di bawah Bahagian Teknologi Pendidiakan Negeri yang beribu pejabat KM14, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson.
Pusat Kegiatan Guru memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan kepada sekolah-sekolah di bawah kelompok masing-masing.
Pusat Kegiatan Guru Mambau mempunyai 42 buah sekolah ahli dan diterajui oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan 1 (PTP1), Pegawai Teknologi Pendidikan 2 (PTP2), seorang juruteknik komputer dan seorang Pembantu Pentadbir.