Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 23 Januari 2018 (Selasa) pada jam 2.30 petang bertempat di SMK Seremban 2. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Norazam bin Haji Nayan, Pengetua SMK Seremban 2 selaku Pengerusi Kluster Tekno-ICT JKPA PKG Mambau. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari (GPB), Guru Penyelaras ICT (GPICT), Guru Admin VLE, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dan Juruteknik Komputer. Mesyuarat pada kali ini bertujuan untuk menyelaras pengurusan infrastruktur dan inisiatif ICT KPM di sekolah.