Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 19 Julai 2017 (Rabu) jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat SK Taman Rasah Jaya. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan Pusat Sumber Sekolah-sekolah ahli berfungsi untuk menggerakkan tabiat membaca dan membudayakan pembelajaran abad ke-21 di sekolah. Selain itu, Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 3.0 turut diberi penekanan.

 P1240336

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Haiza Atmareni binti Harmeni, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Mambau yang mewakili Pengerusi Kluster PSS JKPA PKG Mambau. Berikut merupakan analisa kehadiran peserta mesyuarat; 

BIL PESERTA JUMLAH
1. Guru Besar 0
2. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG 1
3. Guru Perpustakaan dan Media 36
4. Guru Perpustakaan dan Media & Penyelaras NILAM 4
5. Guru Penyelaras NILAM 30
6. Wakil 1
JUMLAH 72