Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam menggerakkan pembestarian sekolah-sekolah ahli PKG Mambau. Seterusnya merancang, menyelaras dan melaksana intervensi untuk penambahbaikan. Intervensi difokuskan untuk meningkatkan penggunaan VLE dalam kalangan guru dan murid. Mesyuarat telah dijalankan pada 18 Julai 2017 (Selasa) jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat SK Taman Rasah Jaya.

 P1240323

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Pachiappan a/l Rajagopal, Guru Penolong Kanan Akademik SMK Seremban 3 yang mewakili Puan Hajah Amnah binti Alias selaku Pengerusi Kluster Techno-ICT JKPA PKG Mambau. Encik Abu Bakar bin Kalid selaku Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan turut hadir ke mesyuarat ini. Berikut merupakan analisa kehadiran mesyuarat;

BIL PESERTA JUMLAH
1. Pengerusi Kluster / wakil 1
2. Pegawai Teknologi Pendidikan 1
3. Guru Penyelaras Bestari 6
4. Guru Penyelaras ICT 22
5. Guru Penyelaras Bestari / Admin VLE 4
6. Guru Penyelaras ICT / Admin VLE 6
7. Guru Admin VLE 21
8. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 4
9. Juruteknik Komputer 6
10. Wakil 1
JUMLAH 72