22 Feb - PPTM PKG Kuala Klawang telah membuat pemantauan dan verifikasi penyelenggaraan peralatan ICT sekolah bersama-sama pihak pembekal PNQ Gold Sdn. Bhd. di SK Kuala Klawang dan SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri. Semua peralatan ICT yang dilaporkan rosak telah diperiksa oleh pihak pembekal mengikut aduan kerosakan oleh pihak sekolah terbabit. Setelah selesai membuat pemeriksaan peralatan ICT yang rosak tersebut, pihak pembekal telah memeriksa salinan KEW.PA 2 dan KEW.PA 9 yang telah disediakan oleh Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah. Proses verifikasi dan persediaan dokumen rasmi dijalankan dengan baik dan teliti untuk mengelakkan sebarang kesilapan maklumat dan data.

 V1

V2

V3

V4