12 Feb - Mesyuarat Kluster Guru Admin VLE Bil 1/2018 telah diadakan bertempat di Balai Sidang Bestari PKG Kuala Klawang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hashim bin Osman, Pengetua SMK Undang Jelebu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En Khuzaime bin Aziz. Beliau telah memberikan penerangan dan pelaporan capaian VLE Frog di sekolah-sekolah ahli PKG Kuala Klawang. Pelbagai maklumat telah diberikan kepada semua peserta mesyuarat seperti pembekalan Tab dan smartphone kepada guru, dongle YES, dashboard VLE Frog, Data Plan YES, perlaksanaan PdPc di dalam VLE Frog dan lain-lain.

PKG telah menetapkan setiap sekolah agar melantik 2 orang admin VLE di sekolah. Tugas-tugas guru admin VLE ini adalah untuk menguruskan dan melaksanakan Frog VLE di sekolah. PKG berharap agar pencapaian Frog VLE di sekolah-sekolah ahli PKG akan meningkat pada tahun 2018.

vle1

vle2

vle3

vle4

 

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan