10 Februari - PKG Kuala Klawang telah mengadakan mesyuarat ini di SMK Undang Jelebu. Objektif mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan serta menyampaikan maklumat mengenai perancangan tahunan semua Kluster JKPA, pencapaian tahun 2016, dan isu-isu berbangkit di sekolah mengenai ICT, Pusat Sumber Sekolah, Nilam, VLE Frog dan Pembestarian Sekolah. Guru Besar SK Kuala Klawang, Encik Abu Kasim bin Abdul Hamid iaitu timbalan pengerusi JKPA PKG Kuala Klawang telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Kehadiran ahli mesyuarat amat menggalakkan daripada pentadbir sekolah. Mesyuarat juga turut diceria oleh kehadiran Encik Mat Azalan bin Budi, ketua unit UPSP dari BTPNNS. Selain itu, dengan kehadiran Encik Mohamad Hafidz bin Zaidi dari Frog Asia telah menambah maklumat kepada semua ahli mesyuarat mengenai Program Hub Guru Advokasi VLE Frog yang dilaksanakan di Kolej Vokasional Kuala Klawang. Program ini bertujuan untuk membantu guru-guru sekolah memahami serta mahir menggunakan VLE Frog. Program ini adalah secara sukarela dan percuma. PKG Kuala Klawang menggunakan program ini sebagai satu teknik dan kaedah menaikkan peratusan penggunaan VLE Frog di sekolah ahli PKG.