13 Feb - PKG Kuala Klawang telah mengadakan Bengkel LDP Pembestarian Sekolah Frog VLE kepada semua guru dan pentadbir SK Undang Jelebu. Bengkel ini dilaksanakan pada sebelah petang supaya tidak menganggu waktu PdP di sekolah. Seramai 45 orang guru dan pentadbir terlibat semasa bengkel dilaksanakan. Kemahiran menggunakan widget, mengemaskini dashboard dan langkah-langkah bagaimana mewujudkan site dan tugasan kepada murid dengan menggunakan pelantar Frog VLE. PKG mensasarkan matlamat bengkel tersebut untuk meningkatkan kemahiran dan penggunaan Frog VLE di dalam PdP di sekolah.

LDPSKUJ1

LDPSKUJ2

LDPSKUJ3