26 Feb - PKG Kuala Klawang telah memberi Khidmat Bantu Bersepadu Pembestarian Sekolah Bil 2/2018 di SMK Undang Jelebu. Sekolah ini telah dibekalkan talian internet 1Bestarinet sebanyak 6Mbps. Talian internet berfungsi dengan baik. Semasa memantau peralatan ICT di makmal komputer sekolah terdapat 15 buah komputer yang mengalami masalah seperti papan induk, cakera keras, RAM, papan kekunci, tetikus dan monitor. Komputer yang berfungsi sepenuhnya di makmal komputer sekolah ialah sebanyak 21 buah komputer. PPTM sekolah ini telah membuat aduan kerosakan ke dalam Sistem STS (Support Ticketing System). 

smkuj1

smkuj2