2017 02 10 14.15.27

Pada 3 Februari 2017, Mesyuarat Pengurusan PKG daerah Rembau telah dilaksanakan  di PKG Rembau. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua PKG Rembau selaku ketua PKG daerah.Perlaksanaan mesyuarat adalah membincangkan beberapa agenda bagi memantapkan pengurusan PKG,menyelaraskan program di peringkat PKG dan daerah seterusnya memberikan impak kepada sekolah ahli.
Antara fokus yang dititik beratkan dalam mesyuarat ini adalah Program pemantapan Gerak Gempur VLE ,Program Gerakan Tabiat membaca dan pelan strategik pembestarian sekolah. Taklimat berkaitan inisiatif KPM  juga akan diberikan perhatian dan digerak gempur.
Pengerusi majlis meminta agar ahli mesyuarat sentiasa sepakat dan memastikan KPI dicapai.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tengah hari.