Pada 31 Mac 2017 telah dilaksanakan Bengkel Pemantapan Pusat Akses Sekolah bagi sekolah-sekolah daerah Rembau untuk tahun 2017.

Seramai 11 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer dari sekolah daerah Rembau telah hadir.

Memantapkan pusat akses sekolah adalah agenda utama bengkel ini dan beberapa perkara telah ditaklimatkan antaranya Buku Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah, Keselematan Pusat Akses Sekolah dan penerangan Instrumen Pemantauan Pusat Akses Sekolah bagi tahun 2017.

Bengkel yang bermula pada jam 8.00 pagi ini tamat pada jam 12.30 tengahari dan semua peserta diberikan borang Laporan Penggunaan Pusat Akses untuk persediaan.