PINJAMAN BUKU DI PKGMulai Mei 2016, PKG Johol akan membuat pinjaman buku secara berkelompok dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Cawangan Kuala Pilah.
Pelbagai koleksi buku boleh didapati di PKG. Pinjaman buku boleh dibuat selama 2 minggu dan urusan pinjaman dilakukan semasa waktu pejabat sahaja.
Pelajar juga digalakkan meminjam buku di PKG tetapi mesti melalui guru masing-masing. Bagi sekolah yang berhampiran, guru boleh membawa pelajar untuk sama-sama membaca buku di kawasan koridor PKG.
Pelajar juga diminta membawa buku nilam bersama bagi tujuan merekod bacaan dalam buku nilam.
Sila lengkapkan maklumat pinjaman buku pada pautan berikut: Rekod Pinjaman Buku
------------------------------------