Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
 
Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
 
Nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) pada tahun 1980. Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
 
Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

Teraju Utama

Tuan Haji Zaidi Bin Yazid, Pengarah Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan

En. Mat Azalan Bin Budin, KPP BTPN Negeri Sembilan

En. Abd Karim Bin Mohamad, PTP PKG Gemas

Pn. R.S. Sathyavani A/P Rangaraju, PTP PKG Gemas

En. Mohd Safwan Bin Roslan, Juruteknik Komputer PKG Gemas

En. Ahmad Badrul Hisham Bin Bahari, Pembantu Tadbir PKG Gemas

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan