Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'. 

Pusat Akses Sekolah digunakan pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang membantu pelajar ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

Bahan tersebut ialah:

  • Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
  • Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
  • Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.

Matlamat Pusat Akses Sekolah

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Objektif Pusat Akses Sekolah

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

Pelajar boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain

Senarai Sekolah yang Mempunyai Pusat Akses Sekolah

1. NBA 1025 - SK Pusat Juasseh
2. NBA 6003 - SK Serting Ilir
3. NBA 6030 - SK Tunku Muda Serting
4. NBE 6001 - SK Batu Kikir
5. NEA 1083 - SMK Juasseh
6. NEE 6001 - SMK Datok Mansor
7. NHA 1001 - Kolej Vokasional Juasseh
8. NRA 6001 - SBP Integrasi Jempol

 

Carian

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

icomygov icomampu icojpa icospa ico 1malaysia icogovuc icomsc4 icohrmis icointan