MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG AMPANGAN BIL 1/2019

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Ampangan akan mengadakan mesyuarat tersebut bertujuan untuk pelaporan pencapaian Program Pembestarian Sekolah dan Program Galakan Tabiat Membaca bagi tahun 2018 dan perancangan sekolah ahli PKG Ampangan untuk tahun ini.

3.         Sehubungan itu, tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

            Tarikh             : 14 Februari 2019 ( Khamis)

            MASA             : 2.30 petang

            TEMPAT        : Bilik Gerakan , SK King George V , Seremban

            AGENDA        :

1. Ucapan Pengerusi

                          2. Pengesahan Minit Mesyuarat

                          3. Perkara Berbangkit

4. Pembentangan / Kertas Makluman

5. Hal-hal lain

6. Ucapan penangguhan

                                    

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norlida Akmar Binti A.Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ampangan di talian 06-7615854. Keprihatinan dan komitmen daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA”

 

Saya yang menjalankan amanah

*Berikut merupakan link bahan Mesyuarat JKPA PKG Ampangan untuk rujukan dan panduan tuan/puan.

bit.ly/pkgampjkpa2019

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

icomygov icomampu icojpa icospa  icomsc4 icohrmis icointan