1 Nov – Bertempat di Dewan Besar, SMK Tunku Ampuan Durah telah berlangsung Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti PKG Ampangan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Abdullah Bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama adalah Puan Hajah Rodiah Binti Mohd Jan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai BTPNNS, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, semua Pengetua dan Guru Besar, Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras ICT dan Guru Penyelaras Frog VLE serta penerima anugerah seramai 300 orang. Majlis penganugerahan ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pentadbir sekolah, guru-guru serta murid yang mengamalkan pembudayaan ICT dan program galakan membaca serta pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

1. Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2017
2. Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Cemerlang 2017
3. Anugerah Tokoh NILAM 2017
4. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang 2017
5. Anugerah Guru Penyelaras ICT Cemerlang 2017
6. Anugerah Pusat Akses Cemerlang 2017
7. Anugerah Pencapaian Frog VLE Terbaik 2017
8. Anugerah Guru Penyelaras VLE Cemerlang 2017
9. Anugerah Penggunaan Tertinggi Frog VLE Murid 2017
10. Anugerah Penggunaan Tertinggi Frog VLE Guru 2017
11. Anugerah Penggunaan Tertinggi Frog VLE Pentadbir 2017
12. Anugerah Pembelajaran Kendiri FrogPlay 2017
13. Anugerah Pemimpin ICT Terbaik 2017
14. Anugerah Pembestarian Sekolah 2017

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam 1Bestarinet.

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Berikut adalah pautan yang mengandungi video dan poster penambahbaikan dalam frog bermula Jun 2016:

https://goo.gl/Ki1gpb

Di harap dapat membantu dalam kepelbagaian penggunaan dan integrasi Frog dalam PdP guru di sekolah.

Sekian, terima kasih.

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

icomygov icomampu icojpa icospa  icomsc4 icohrmis icointan