ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2018

Ditulis oleh Noraya Elya @ Asma binti Mohamad pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2018

Bermula 8 hingga 12 Oktober 2018 berlangsungnya satu program tahunan anjuran Unit Pusat Sumber Pendidikan iaitu Anugerah Nilam Negeri Sembilan 2018. Program ini bertujuan mencari Tokoh Nilam Negeri Sembilan bagi mewakili Negeri Sembilan ke Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan.

HARI PERTAMA ISNIN 8 OKTOBER 2018

Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2018 telah menyaksikan seramai 51 orang murid yang mewakili enam daerah di Negeri Sembilan telah mendaftarkan diri sebagai calon. Calon-calon adalah terdiri bagi kategori Sekolah Rendah (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta kategori Sekolah Menengah (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).

Aktiviti yang dijadualkan pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah

-          Pendaftaran peserta

-          Taklimat dan suai kenal

-          Bengkel Penulisan untuk guru pengiring

-          Teknik dan kaedah penulisan kreatif Bahasa Melayu dan B.Inggeris

-          Teknik dan kaedah penulisan deskriptif

-          Riadah dan jejak maklumat

-          Literasi Maklumat dan penerokaan cakrawala di Balai Cerap Teluk Kemang

 

Selamat berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan kepada semua peserta.

 

SENARAI PESERTA ANUGERAH NILAM NEGERI SEMBILAN 2018

 

Galeri Foto Hari Pertama (Isnin 8 Oktober 2018)

 


HARI KEDUA SELASA 9 OKTOBER 2018

      Perjalanan program hari kedua dimulakan dengan Program Literasi Maklumat dan jejak alam di Pusat Eco-Edutourism Sungai Menyala. Peserta dibawa melusuri denai dan mengenali habitat serta konsep asas yang bersesuaian dengan Forest for Education and Conservation. Kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala ini dibahagikan kepada 3 zon iaitu zon pentadbiran, zon pembelajaran dan zon penyelidikan dan ini memberikan peserta peluang meneroka alam dan mendapatkan seberapa banyak maklumat.

Hari kedua juga bermulanya ujian penulisan untuk para peserta. Ujian penuisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini sebahagian daripada syarat wajib dalam penentuan tokoh NILAM Negeri Sembilan.

Terdapat beberapa aktiviti yang berlangsung pada hari kedua iaitu ;

- Literasi maklumat di Pusat Eco-Edutourism Sungai Menyala

- Jejak maklumat bersama Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

- Riadah dan aktiviti berkumpulan

- Ujian Penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Galeri Foto Hari Ke 2 (Selasa 9 Oktober 2018)

 


HARI KETIGA RABU 10 OKTOBER 2018

Hari ketiga merupakan hari penilaian bagi semua peserta. Penilaian pada hari ketiga ialah penilaian individu, Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh para juri dan hakim penilaian dan seterusnya penilaian individu.. Semua peserta juga telah membuat latihan dan raptai untuk persembahan kumpulan pada sebelah petang. Manakala sebelah malam disusuli dengan Bengkel Kaedah dan Teknik Pengucapan awam

Antara aktiviti yang berlangsung pada hari ketiga iaitu ;

- Penilaian individu kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Rendah dan Menengah)

- Latihan dan raptai persembahan kumpulan

- Bengkel Kaedah dan Teknik Pengucapan Awam

 

Galeri Foto Hari Ke 3 (Rabu 10 Oktober 2018)


 

HARI KEEMPAT KHAMIS 11 OKTOBER 2018

Penilaian pada hari ketiga ialah penilaian berkumpulan. Semua peserta dinilai melalui persaingan dan kerjasama yang ditunjukkan semasa aktiviti berkumpulan termasuklah tahap kesediaan murid mengutarakan pendapat semasa perbincangan. Penilaian berkumpulan merupakan penilaian akhir dalam program Anugerah Nilam Negeri Sembilan 2018. Manakala disebelah malam semua peserta menunjukkan bakat dalam persembahan berkumpulan.

Antara aktiviti yang berlangsung pada hari keempat iaitu ;

- Penilaian berkumpulan

- Rumusan Juri

- Persembahan kumpulan

 

Galeri Foto Hari Ke 4 (Khamis 11 Oktober 2018)