INSPIRASI ZA'BA NEGERI SEMBILAN : PENA CELIK, PENA CILIK

Ditulis oleh anita pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

MELAHIRKAN SEJUTA ZA'BA MODEN

DI SINI KAMI BERMULA (karya murid), HADIAH PALING MANIS (karya guru), KALAM DIJULANG, MARUAH DISANGGA (karya murid dan guru) adalah merupakan judul bagi tiga buah buku yang telah berjaya diterbitkan menerusi Program Penulis Inspirasi Za'ba Negeri Sembilan: Pena Celik, Pena Cilik.  Penerbitan karya ini adalah dalam bentuk antologi cerpen dan karya umum yang ditulis oleh guru-guru dan juga murid-murid sekolah menengah dari Negeri Sembilan. Pelancaran buku tersebut telah diadakan pada 1 November 2017 bersempena dengan Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Program ini dilaksanakan secara kolaboratif pintar antara Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (BTPNNS), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dengan sokongan dan kerjasama padu Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan bersama-sama Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan.  Program ini adalah sebuah inspirasi untuk melahirkan SEJUTA ZA’BA MODEN menerusi bidang penulisan kreatif.

IMG 20171027 WA0005

Bagi sesiapa yang ingin memiliki buku-buku ini boleh berhubung terus dengan pihak ITBM ataupun melalui salah seorang penulis, iaitu Pn. Suriyati Abd Majid (011-214 51724/ 06-662 8550) yang juga merupakan pegawai di unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPNNS dengan harga yang berpatutan.