Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2017 (HARI KEEMPAT)

Ditulis oleh How Swee Ching pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

Hari Keempat

Sesi hari ini diteruskan dengan penilaian berkumpulan. Calon-calon telah diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut kategori yang berlainan daerah. Sesi ini merupakan sesi terakhir penilaian bagi mereka.

Pada sebelah petang, para juri telah berkumpul bersama-sama dengan Urusetia dan Jawatankuasa Penilaian Pemilihan Tokoh NILAM di Bilik Mesyuarat untuk sesi rumusan bagi keseluruhan penilaian terhadap calon yang akan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM peringkat Negeri Sembilan Tahun 2017.

Manakala calon-calon pula memperkemas latihan kumpulan mereka sebagai persiapan terakhir untuk Malam Kebudayaan pada malam ini. Setiap mereka telah dimasukkan ke dalam enam kumpulan kecil sejak hari pertama lagi. Kumpulan tersebut adalah terdiri daripada calon-calon sekolah rendah dan menengah yang berlainan kaum, kategori, dan daerah.

 

SILA KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :

GALERI NILAM 2017

NILAM 19

 

NILAM 18

NILAM 17

 

NILAM 15