Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2017 (HARI KETIGA)

Ditulis oleh How Swee Ching pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

Hari Ketiga ( 27/9/2017)

            Program ini hampir kepada kemuncaknya dengan kehadiran para juri yang berdedikasi dan juga penceramah yang dijemput khas untuk memberikan maklumat yang diperlukan oleh calon-calon iaitu teknik dan kaedah yang berkesan dalam pengucapan awam. Slot bengkel pagi ini lebih tertumpu kepada bagaimana mereka berupaya memantapkan komunikasi, melontarkan idea dan membina keyakinan diri ketika berhadapan dengan para juri bagi sesi penilaian individu.

            Pada sebelah malam, penceramah telah menumpukan isi ceramahnya kepada teknik dan kaedah pengucapan awam yang berkesan untuk persediaan sesi penilaian kumpulan. Penilaian kumpulan ini akan dilaksanakan pada hari keempat iaitu 28 September 2017 (Khamis). Usai sahaja bengkel tersebut, calon-calon telah mengadakan latihan bagi persembahan untuk Malam Kebudayaan.

 

SILA KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :

GALERI NILAM 2017

 

NILAM 07

NILAM 08 NILAM 13