Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2017 (HARI KEDUA)

Ditulis oleh How Swee Ching pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

Hari Kedua (26/09/2017)

Aktiviti hari ini diteruskan dengan Program Literasi Maklumat yang diadakan di Muzium Lukut, Port Dickson. Calon-calon telah diberikan tugasan yang memerlukan mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Dapatan yang diperoleh daripada lawatan di Muzium Lukut ini akan dibentangkan secara berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing.

            Kolaboratif setiap tahun di antara UPSP, BTPNNS dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) diteruskan lagi kali ini untuk Program Jejak Maklumat. Seramai 10 orang pegawai dari PNM dan selebihnya daripada PPANS turut serta membina lapan stesen berlainan aktiviti kepada calon-calon ini.

            Sebelum menjalani Ujian Penulisan Bahasa Melayu (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) dan Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) pada sebelah malam, calon-calon ini telah mengisi slot petang dengan aktiviti riadah iaitu ‘Coconut Bowling’ dan ‘Sponge Bob’ sebagai aktiviti pengukuhan jasmani, membentuk semangat berpasukan dan bersaing secara sihat antara kumpulan. 

 

SILA KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :

GALERI NILAM 2017

 

nilam 04

 

nilam 05

 

nilam 06