Mesyuarat Penghakiman APSSNS 2017

Ditulis oleh Juarina binti Hassan pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

10 MAC 2017 - MESYUARAT PENGHAKIMAN APSSNS 2017

Seramai 12 orang hakim dan 6 orang pegawai BTPNNS telah hadir dalam Mesyuarat Penghakiman APSSNS 2017 yang diadakan di Bilik Mesyuarat BTPNNS. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan markah penilaian peringkat Daerah yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Februari yang lepas. Panel hakim juga diberi peluang untuk menyampaikan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan kearah penilaian negeri akan datang. Tn KPP yang mempengerusi mesyuarat ini menangguhkan mesyuarat dengan mengingatkan semua ahli panel hakim agar menilai dengan integriti berdasarkan instrumen yang telah dipanjangkan oleh BTP KPM.