Khidmat Bantu PSS- SMK Senaling

Ditulis oleh Juarina binti Hassan pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

6 & 7 Mac 2017 - SMK SENALING, KUALA PILAH

SMK Senaling terpilih untuk diberi khidmat bantu berdasarkan jumlah bintang yang diperolehi pada tahun 2016. BTPNNS telah memberikan khidmat bantu daripada aspek susun atur hinggalah kepada pengurusan sistem fail mengikut Instrumen PSS tahun 2016. Sebagai GPM baharu, Pn Azlin, GPM SMK Senaling diberi tunjuk ajar oleh Pn Mardziah dan Pn Juarina dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, penerangan berkaitan literasi maklumat juga dititikberatkan semasa khidmat bantu tersebut.