Perjumpaan UPSP Kali Pertama 2016/2017

Ditulis oleh Juarina Hassan pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

29 Disember 2016 (Khamis) - Perjumpaan UPSP Kali Pertama tahun 2017 telah diadakan pada jam 10.00 pagi tadi. Antara perkara yang disentuh sepanjang perjumpaan tersebut adalah berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan SKT, perancangan program dan aktiviti serta pengurusan UPSP dan gerak kerja sepanjang 2017.

Puan Anita binti Mohammad Tamin selaku Ketua Unit UPSP menegaskan keberhasilan UPSP adalah bertitik tolak daripada usaha sama semua pihak.  Sentiasa sedia mengambil cabaran merupakan satu platform untuk menjadikan seseorang itu lebih maju ke hadapan. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Puan Juarina binti Hassan yang ditukarkan unit dari UPS ke UPSP.

Terdahulu, perjumpaan dengan wakil pekerja kebersihan telah diadakan dengan menyampaikan keperluan kebersihan yang perlu dilaksnakan di UPSP sepanjang tahun 2017, penjadualan dan keperluan dalam menyokong EKSA yang telah disarankan oleh kerajaan.

Harapan beliau, dengan adanya empat orang wanita di unit ini menunjukkan kemestian keberhasilan itu dicapai dengan lebih berkesan. Sayugia diingatkan setiap pegawai perlu menerapkan elemen multi tasking skill selaras dengan perkembangan semasa di BTPNNS.

 upsp1

upsp2