Mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG N. Sembilan.

Ditulis oleh UBEST pada . Posted dalam Unit Pengurusan Strategik

Rabu,  6 April 2016 - Satu mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG N. Sembilan telah diadakan di Balai Gadang, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Mesyuarat ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara JPNS,PKGNS dan sekolah-sekolah di seluruh N. Sembilan untuk terus bekerjasama dalam membangunkan modal insan yang cemerlang melalui pembangunan ICT bagi meneruskan perancangan KPM dalam meneruskan 'Pembelajaran Abad Ke 21'. Mesyuarat ini di pengerusi kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,Pn. Puan Rusni Binti Ab Jalil dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah JPNNS, Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali, Penolong Pengarah BTPNNS, En. Azizi Zakaria, pegawai-pegawai BTPNNS, wakil-wakil dari PPD daerah, ketua-ketua PKG Daerah.