PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PROFESIONALISME BERSAMA TUAN PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI

Ditulis oleh AZLIN BT MOHAMED SHARUDDIN pada . Posted dalam Unit Pengurusan Strategik

perhimpunan

Satu perhimpunan bulanan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan dan Majlis Profesionalisme Bersama Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah berlangsung pada 27 Oktober 2017 bertempat di Bilik Kuliah A, BTPN Negeri Sembilan.

Sesi pertama telah berlangsung iaitu perhimpunan bulanan yang melibatkan semua kakitangan BTPNNS termasuk di PKG Negeri Sembilan. Ucapan dan amanat dari Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan iaitu Tuan Abdullah bin Yussuf menyeru semua kakitangan dapat sama - sama berganding bahu bagi memastikan KPI bahagian dapat dicapai serta melestarikan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga meningatkan kepada semua kakitangan supaya patuh akan peraturan dan undang - undang yang telah ditetapkan sebagai penjawat awam umumnya. Beliau berharap semua kakitangan dalam menjalankan tugas dengan penuh integriti dan amanah diatas tanggungjawab yang telah diberikan. Turut sama dijalankan semasa perhimpunan bulanan adalah lafaz ikrar perkhidmatan awam yang telah diketuai En. Zolhilmi bin Adnan.

Majlis Profesionalisme Bersama Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali pula dilaksanakan pada sesi yang kedua. Hadir sama dimajlis ini adalah Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNNS iaitu Pn. Radziah binti Abul Manap. Beliau menyeru agar JPNNS dan BTPNNS serta PKG NS dapat sama - sama memberi sokongan padu kepada program - program yang dirangka untuk dilaksanakan diperingkat Negeri Sembilan. Beliau turut memperkenalkan cogan baru JPNNS iaitu

JOM

POEI

NOLONG

SEKOLAH

dengan harapan, semua kakitangan di peringkat JPNNS dan BTPNNS serta PKG NS dapat melestarikan amanat ini bagi membantu sekolah - sekolah di Negeri Sembilan.

bulanan1bulanan2

 

bulanan3bulanan4

 

SILA KLIK PADA PAUTAN DIBAWAH 

GALERI GAMBAR PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PROFESIONALISME