BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST) TAHUN 2018 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Ditulis oleh UBEST pada . Posted dalam Unit Pembestarian Sekolah

    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (BTPNNS) telah menganjurkan Bengkel Digital Story Telling (DST) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018. BTPN Negeri Sembilan telah mengambil langkah proaktif bagi menyahut seruan BTP, KPM bagi melaksanakan Bengkel DST dengan kerjasama Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaaan (ASWARA) untuk memberi bimbingan tenaga pakar yang berpengalaman kepada sekolah yang terpilih. Bengkel tersebut telah dijalankan selama tiga hari iaitu pada 25 hingga 27 Jun 2018.

DST-1.jpegDST-2.jpeg

OBJEKTIF BENGKEL

1. Guru dan murid dapat mempelajari perisian animasi Toon Boom iaitu perisian yang spesifik dalam penghasilan animasi dan pembangunan papan cerita

2. Guru dan murid dapat menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk penceritaan animasi yang lebih menarik untuk PdPc.

3. Memberikan kemahiran kepada peserta mengenai teknik merancang dan menulis papan cerita serta dapat menghasilkan satu bahan cerita dalam bentuk animasi digital.

4. Memberi tunjuk ajar kepada sekolah – sekolah yang berhampiran untuk pengkongsian ilmu selepas bengkel.

5. Menyediakan dua wakil peserta dari Negeri Sembilan ke Pertandingan Akhir Digital Story Telling Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC).