Bengkel Digital Story Telling Animation Tahun 2017 Peringkat Negeri Sembilan.

Ditulis oleh UBEST pada . Posted dalam Unit Pembestarian Sekolah

        Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (BTPNNS) telah menganjurkan program Digital Story Telling Animation 2017. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam pendidikan.

         Sebanyak 38 buah sekolah iaitu 16 buah sekolah menengah dan 22 sekolah rendah telah terlibat dalam bengkel tersebut yang telah diadakan pada 24 Mei hingga 26 Mei 2017. Tenaga pengajar yang terlibat dalam bengkel ini adalah pensyarah-pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.DST_3.JPGDST_1.JPGDST_4.JPGDST_5.JPGDST_2.JPG