Bengkel Kejurulatihan (TOT) "Level Up @School" Peringkat Zon Selatan 2017

Ditulis oleh Webmaster pada . Posted dalam Unit Pembestarian Sekolah

Bengkel Kejurulatihan (TOT) "Level Up @School" Peringkat Zon Selatan 2017

level upBahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah bagi bengkel membina permainan video yang dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan pada 22 hingga 24 Mei 2017.

level up 3

Bengkel tersebut disertai oleh 15 buah Sekolah Bestari terpilih (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) yang melibatkan seorang guru pembimbing dan dua orang murid yang berbengkel selama 3 hari bagi mempelajari mengikuti program Game Development

Bengkel ini merupakan program inisiatif nasional yang dinamakan mydigitalmaker bagi memupuk minat serta meningkatkan keupayaan dan kreativiti serta inovasi digital dalam kalangan murid sekolah. Ia juga menyokong pelaksanaan kurikulum baru TMK, ASK, KSSR dan KSSM yang memberi penekanan kepada aspek pemikiran komputasional dan elemen sains komputer. 

Pada akhir program, sekolah-sekolah yang mengikuti bengkel ini secara automatik akan masuk ke pertandingan peringkat kebangsaan Game Development kategori Murid Digital. Sekolah yang menghantar penyertaan juga akan dipilih bagi menerima hadiah semasa Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017. Adalah diharapkan agar semua murid yang terlibat berjaya membina satu permainan video yang kreatif dan inovatif disamping membina satu pasukan Game Development dan seterusnya menyertai pertandingan yang akan dianjurkan nanti.

level up 2level up 4