KURSUS KEMAHIRAN TEKNIKAL ICT DAN PROFESIONALISME UNTUK PEMBANTU TADBIR BTPNNS & PKGNS 2017

Ditulis oleh Zolhilmi Bin Adnan pada . Posted dalam Unit Pembestarian Sekolah

Perkembangan keperluan penggunaan ICT dalam sistem perkhidmatan pentadbiran kerajaan masa kini adalah mewajibkan semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir(Kewangan) menggunakan komputer  dalam melaksanakan tugas-tugas seharian. Oleh itu, pelaksanaan Kursus Kemahiran Komputer bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan Pembantu Tadbir BTPNNS dan PKGNS memainkan peranan yang penting dalam tugas seharian sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

  OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta berkaitan dengan asas di dalam komputer
  • Mendedahkan peserta kepada kemahiran dalam perisian-perisian komputer yang melibatkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran
  • Mendedahkan peserta kepada kemahiran dalam pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan skop perkhidmatan dan pengurusan kewangan.
  • Membimbing peserta untuk menggunakan komputer dan internet secara selamat dan berkesan. 

 

Tarikh   : 15 hingga 18 Mei 2017

Masa     : 8.30 pagi hingga 10.30 malam

Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan

 

7d48b0cb b51f 4a19 8375 31b012deaa3a

4c3e6e78 34aa 4889 82c5 96ef74432032cfb48207 3799 4984 bd09 26d4bec73842