KHIDMAT BANTU VLE FROG SK SG KELAMAH

Ditulis oleh AZIZI BIN ZAKARIA pada . Posted dalam Unit Media & Inovasi Pendidikan

Unit Media dan Inovasi Pendidikan (UMIP) dengan bantuan PKG Gemas telah berjaya melaksanakan Khidmat Bantu VLE ke SK Sg Kelamah, Gemas pada 15 Mac 2017. Hasil daripada khidmat bantu ini UMIP telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh sekolah berkenaan. Di antara masalah-masalah tersebut adalah seperti masalah LAN sekolah tidak di ON kan (wireless berfungsi), lesen FA yang tamat tempoh, internet on board card rosak dan masalah-masalah kecil yang lain. UMIP telah mencadangkan supaya guru berkenaan membuat speed test dan melaporkan hasil speed test tersebut kepada pihak YTL untuk tindakan lanjut.

SGKELAMAH2

SGKELAMAH3

SGKELAMAH1

Pegawai UMIP sedang membuat pemeriksaan peralatan dan talian