Tatacara : Merekod Bacaan Meter / Penyelenggaraan Dan Penggantian Toner Untuk Mesin Fotostat Dibawah Item Kontak BTPNNS 2016

Ditulis oleh Webmaster pada . Posted dalam Unit Kewangan & Perolehan

Kepada,
Semua Ketua Pusat Kegiatan Guru
Negeri Sembilan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Tuan,
TATACARA : MEREKOD BACAAN METER /PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN TONER UNTUK MESIN FOTOSTAT DIBAWAH ITEM KONTRAK BTPNNS TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Penjelasan tentang kekeliruan berkaitan perkara tersebut berdasarkan laporan lisan yang diperolehi dari beberapa PKG.

    2.1 - Pihak syarikat mesti menghantar pekerja yang berkelayakan untuk memeriksa,mengganti,menyelaras dan menyelenggara kelengkapan di permis kerajaan yang ditetapkan dalam kontrak.Tatacara selain daripada yang dijelaskan tidak dibenarkan dan melanggar kontrak sedia ada.

    2.2 - Pihak syarikat mesti bertindak kepada aduan kerosakan secara 'Response Time' 2 hingga 6 jam waktu bekerja.

    2.3 - Pihak syarikat perlu menyedia dan menyelenggara buku log perkhidmatan penyelenggaraan bagi setiap penggantian, penyelenggaraan, dan sebagainya setiap kali perkhidmatan tersebut dijalankan.

3. Sehubungan dengan itu pihak tuan adalah dinasihatkan untuk melaporkan kepada BTPNNS secara bertulis sebarang kegagalan pihak syarikat mematuhi syarat-syarat kontrak tersebut.


Sekian, terima kasih.


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


Saya yang menurut perintah,


ZAMRI BIN IBRAHIM
UKP,BTPNNS