PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS) 2018

Ditulis oleh Webmaster pada . Posted dalam Promosi

ssqs18

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah melalui pautan http://best.moe.edu.my/ssqs/n9/.

Surat punca kuasa PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018 - Sila Klik