KEMPEN "HOUR OF CODE 2018"

Ditulis oleh UBEST pada . Posted dalam Promosi

Penyertaan Terbuka! KEMPEN “HOUR OF CODE 2018”

Masih ingat program Hour of Code pada tahun lepas ? Kini program Hour of Code diteruskan lagi dengan kerjasama pihak Digital Tech@School, MDeC dan KPM untuk semua sekolah selama 1 jam yang akan bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018. Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker movement.

Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.

Program ini terbuka kepada semua sekolah di bawah KPM dan pelajar yang terlibat akan mendapat sijil penyertaan daripada code.org dan akan dikira sebagai sumbangan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Korikulum (PAJSK) pada peringkat sekolah di bawah komponen korikulum seperti yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK).

Punca Kuasa : Pelaksanaan Hour of Code telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Petugas Khas Inisiatif Digital Tech @ Schools KPM-MDEC Bil. 1/2018. Sila KLIK DI SINI


Berminat? Untuk maklumat lanjut dan tatacara penyertaan, Sila KLIK DI SINI.

Pendaftaran - Sila KLIK DI SINI.

Pelaksanaan - Sila KLIK DI SINI.