PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DCS) 2018

Ditulis oleh UBEST pada . Posted dalam Promosi

PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS – DCS) MURID TAHUN 2018

DCS2018A

FASA Tarikh Pelaksanaan Kumpulan Sasaran
PERTAMA 01 Julai 2018 Hingga 30 Julai 2018
(Pindaan Terbaru)
Murid Tingkatan 3 Dan 5
KEDUA 01 September 2018 Hingga 31 Oktober 2018 Murid Tahun 6

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 382 buah sekolah dalam Negeri Sembilan terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan bermula pada 01 Julai 2018 hingga 31 Julai 2018 (Sekolah Menengah – Tingkatan 3 & 5) manakala 01 September 2018 Hingga 31 Oktober 2018 (Sekolah Rendah – Tahun 6).

Klik Portal Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS) untuk mengakses instrumen penilaian ini. Portal ini hanya boleh diakses melalui pelayar web Google Chrome.

Sekolah yang terlibat :-  KLIK UNTUK MUAT TURUN  - SENARAI SEKOLAH

Klik Muat Turun Surat Pelaksanaan : Surat Makluman Pelaksanaan DCS 2018
Klik Rujukan Cara Pelaksanaan : Maklumat Tatacara Pelaksanaan DCS 2018