PELAKSANAAN KEMPEN "HOUR OF CODE 2017"

Ditulis oleh UBEST pada . Posted dalam Promosi

Salam sejahtera,

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Dimaklumkan bahawa KPM dan MDEC menganjurkan satu Kempen “Hour of Code 1 Malaysia” pada 30 Oktober sehingga 13 November 2017. Kempen “Hour Of Code” ini merupakan kempen kesedaran yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Komputasional dan Komputer Sains.

3.  Sekolah-sekolah yang berminat dikehendaki mendaftar melalui pautan tersebut mengikut arahan yang disediakan. Sekolah-sekolah yang terlibat berpeluang menerima sijil penyertaan dan hadiah berjumlah RM 47,000.00.

4.  Mohon kerjasama PKG Negeri Sembilan maklum kepada semua sekolah untuk mengambil bahagian kempen “Hour Of Code”  ini. Negeri yang paling banyak sekolah mengambil bahagian akan diberi pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Pembestarian.

MAKLUMAT LANJUT : https://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3589-kempen-hour-of-code

 

Sekian terima kasih.

KEMPEN HOUR OF CODE