MESYUARAT JKPA NEGERI SEMBILAN BIL 1/2018

Ditulis oleh HAIZA ATMARENI BINTI HARMENI pada . Posted dalam Pkg Daerah Seremban

Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Bil 1/2018 telah dilaksanakan pada 18 Januari 2018 (Khamis) jam 2.30 petang di PKG Mambau. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Pkharuddin bin Ghazali. Beliau turut menyampaikan hasrat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk menjayakan Aspirasi Insan Terdidik (AIT) menerusi sistem LUAK (Lingkungan Ukhuwah Aktiviti Kolaboratif) yang akan disemarakkan menerusi JKPA PKG. Mesyuarat memutuskan sebanyak 52 luak dibentuk menerusi agihan sekolah-sekolah berdasarkan kedudukannya. Struktur JKPA PKG Negeri Sembilan juga telah dibentuk.

jkpan9