btpnns front

Fungsi

Fungsi 1 :
Dasar
Merancang, melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan;
Fungsi 2 :
Inisiatif ICT
Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau perkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran;
Fungsi 3 :
Pembestarian Sekolah
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau, dan menilai pembestarian sekolah;
Fungsi 4 :
Penerbitan Bahan
Merancang, menyedia, menerbit dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media;
Fungsi 5 :
Pembudayaan
Literasi Maklumat
Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber Sekolah;
Fungsi 6 :
Penyebaran
Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai pelantar
Fungsi 7 :
Kajian dan Penilaian
Menjalankan kajian dan penilaian penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah
Fungsi 8 :
Khidmat Kepakaran
(Inovasi & Kreativiti)
Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah