IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

DAN PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

JAWATAN KOSONG                          : Pegawai Teknologi Pendidikan

GRED JAWATAN                               : DG 29/32/34/38/41/42(KUP)

KELAYAKAN :

Kelayakan umum :

i.   Telah disahkan dalam perkhidmatan

ii.  Pengalaman mengajar lebih 3 tahun ( dikecualikan untuk Gred DG41)

iii. Mempunyai laporan penilaian prestasi yang BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

iv.  KEPERLUAN-KEPERLUAN LAIN SEBAGAI KELEBIHAN :

  1. Mempunyai kemahiran dalam literasi komputer dan boleh mengendali pelbagai media dalam pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan data
  2. Menunjukkan kebolehan dan keyakinan untuk menilai dan memberi khidmat bantu kepada pentadbir atau guru di sekolah
  3. Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan kreatif dalam melaksanakan tugas.
  4. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengendalikan kursus, bengkel atau seminar
  5. Mempunyai kebolehan merancang, menyediakan kertas kerja dan mengendalikan kaji selidik.
  6. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan di sekolah seperti Ketua Panitia, Setiausaha Kurikulum, Guru Penyelaras PSS, Guru Penyelaras ICT dan sebagainya
  7. Mempunyai keterampilan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik.
  8. Bersedia untuk dipanggil berkursus/ berbengkel bagi meningkat profesionalisme dalam bidang pengurusan, Pusat Sumber Sekolah, ICT dan Media

 PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN :

Borang yang lengkap diisi dan disokong oleh Pengetua/Guru Besar dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah dihantar ke alamat berikut :

                        KETUA PENOLONG PENGARAH
                        BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
                        KM. 14 JALAN PANTAI, TELOK KEMANG
                        71050 PORT DICKSON
                        NEGERI SEMBILAN

Calon yang disenarai pendek dikehendaki menghadiri temuduga yang akan dimaklumkan nanti

 

SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG