eksa

DASAR

EKSA sebagai perangsang transformasi persekitaran kerja yang kondusif, sejahtera, sihat dan selamat bagi menghasilkan perkhidmatan berkualiti dan menambahbaik kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas, kondusif dan selesa pada setiap masa.
2. Membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja.
3. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disampaikan.
4. Mewujudkan budaya kerja yang ceria, sejahtera dan efektif.
5. Mempertingkatkan motivasi anggota demi mempertingkatkan kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.